May 3, 2012

kek moist coklat dengan puding karamel

aku ni sebenarnya dah malas dan dah xde perasaan nak buat2 kek lagi. Bukan pe rasanya sedari umur 12 tahun aku dah mula buat kek buat biskut. Macam2 jenis kek yang mama aku ajar masa tu.

Kalau masuk bulan puasa dah bergelut dengan tempahan2 biskut.sampai sakit pinggang aku ni menempek jem kat tart jem tu.. waduh2 masa tu rasa nak mengamuk je bila mama mintak tolong. Tapi nak mengamuknya x berani jadi diam je lah. dan simpan dalam hati. Tapi tu lah dia berkat tolong mama buat biskut dan kek akhirnya ilmu tu mencurah2 dapat ke aku. Segala macam kek siap dengan ising cara org dulu2 buat ganage pada kek alu dah buat. Siap buat kek lapis strawberi pun ade. seronok2 bila tengok kek tu menjadi pastu kite sapu pulak badan kek dengan ising letak pulak ceri merah2 gitu..wahhhhhhhhhh hebatnye aku rasa masa tu.Seronok...sangat.

Tetapi...dah masuk umur aku 30an ni.yaalllah serius cakap aku memang dah malas dan dah x bape berahi nak buat kek dan biskut lagi. Tapi kawan2 aku kat opis tu semua tengah menggila buat kek. Agaknya sbb dorang baru nak belajar kot. Macam aku ni dah jadi jemu dah nak buat2 benda2 tu. JEMUUUU sangat2.

Tapi di sebabkan keteringinan yang amat ketara nak makan kek coklat buatan sendiri aku gagahkan juga perasaan ni untuk mengadun adenan kek tu. hehhehe sbb sendiri nak makan kan so dia jadi rajin lah. Alhamdulilah jadi juga kek tu walaupun lama dah meninggalkan skill2 tu. tapi aku buat kek yang senang2 je yang main kukus2 je. mudah kan.

Dah jadi kek moist tu jadi menggila lak nak buat pulak puding karamel.ape lagi buat lah pulak malam tu karamel. tengah dok kukus2 atas api tup2 gas abis. hadoiii hadoiiii rasa nak nangis pulak. sbb xcited masa tu rasa tingin nak makan tu. Pe lagi otak ni pusing ligat mcm gasing macam mana nak sambung balik karamel yang dok atas dapur yang dah terpadam api tu.

haaa nasib otak ni gelige aku pun ambik dapur nasi kemudian tuang air panas dalam periuk nasi tu dan terus sambung semula kukus karamel dengan menggunakan rice cooker. berdoa panjang aku harap2 karamel tu menjadi. Alhamduliilah selama sejam dok dalam periuk nasi akhirnya masak jugak puding karamel aku...

Dengan rupa yang x mengecewakan aku cuma banyak liang2 peluh pada karamel tu je. yang penting rasanya sedapppp.... esoknya aku hangkutlah kek moist dan puding karamel aku tu ke opis untuk sama2 di jamah bersama kengkawan.....

Kawan2 pun makan dengan penuh selera.. ade yang siap minta resepi lagi. aku pun bagi je. x baik kot nak kedekut bukan boleh bawak mati pun. biar lah buar jariah sikit selagi sesiapa masak kek dengan menggunakan resepi aku tu selagi itulah pahal melimpah kepada aku...aminnnnn



 ini lah dia rupenye kek coklat moist kukus aku yang simple dan sedappp....

 ni lah gara2 gas abis..berpeluh kejap aku mikir nak buat lagu mana...akhirnya datang juga idea kan...



taraaaaaaaaaaaaaaa yang dah siap terhidang ...hanya runggu untuk di ngappp jerr.....

No comments: